Kelapa yang telah diparut tidak boleh tahan lama kerana ia mudah basi. Untuk mengelakkan kelapa parut tersebut daripada basi, simpan kelapa parut tersebut di tempat beku dalam peti sejuk anda. Apabila hendak menggunakannya, keluarkan ia & curah dengan air panas. Biarkan sejuk & boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk mendapatkan patinya. Dengan cara ini, pati santan akan lebih pekat.
Selamat mencuba.