Assalammualaikum & selamat sejahtera kepada yang bukan Muslim..
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca..
Saya mulakan tahun baru ini dengan aura pemikiran positive untuk lebih berjaya & serious dalam memulakan perniagaan. Oleh itu, untuk merialisasikannya, saya mulakan dengan mendaftar perniagaan bagi business online ini.
Nama Perniagaan : ZEERA TRADING
Nombor Pendaftaran : 002607153-D
Mendaftar perniagaan ini adalah sangat penting walaupun hanya sekadar perniagaan online. Selain daripada dapat mengelakkan diri dari dikenakan tindakan undang-undang, ianya juga penting untuk perniagaan itu sendiri.
ANTARA KEPENTINGAN & KELEBIHAN MENDAFTAR SSM
Perniagaan Lebih Diyakini
Pada masa kini, perniagaan online semakin berkembang pesat bagai cendawan tumbuh. Begitu juga penipuan dalam perniagaan online yang mana semakin berleluasa membuatkan pembeli menjadi risau & takut untuk membeli secara online lebih-lebih lagi jika perlu berurusan dengan orang persendirian yang tidak dikenali latar belakangnya. Sebaliknya, dengan mendaftar SSM, anda menunjukkan yang anda serious dalam menjalankan perniagaan. Ini kerana, nama perniagaan, nama pemilik & alamat akan tersimpan di dalam rekod SSM. Jadi, jika terdapat sebarang masalah ianya lebih senang untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Oleh itu, dengan mendaftar perniagaan, pelanggan akan berasa lebih selamat & meyakini perniagaan anda.
Memudahkan Urusan Peniaga Bersama Pembekal
Rekod Kewangan Yang Lebih Teratur & Dokumentasi Yang Lengkap
Ini akan memudahkan lagi urusan peniaga di masa hadapan seperti pengistiharan cukai pendapatan & perkiraan zakat bagi yang beragama Islam.
Memudahkan Urusan Bersama Bank
Mendaftar perniagaan juga akan memudahkan urusan pembelian rumah, mesin operasi, jentera, kenderaan, pinjaman atau keperluan lain yang dirasakan perlu jika kita mempunyai bukti bahawa perniagaan kita wujud & sah disisi undang-undang. Jika tidak, sama sahaja seperti orang lain bank akan memberikan borang lain semasa membuat pinjaman iaitu sebagai contoh borang pinjaman persendirian semasa hendak membuat pinjaman.
Persiapan Kepada Perniagaan Yang Lebih Besar
Mendaftar juga adalah sebagai satu persiapan ke arah pensyarikatan (Sdn Bhd) kerana ia memudahkan kita belajar & ambil tahu tentang selok belok perniagaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SSM ini, boleh la layari website SSM di http://www.ssm.com.my/ms .
**InsyaAllah saya sedang usahakan dalam masa terdekat untuk menbuka Akaun Semasa atas nama Zeera Trading dengan bank2 seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat & Bank Islam (2 daripadanya yang dirasakan bersesuaian) bagi memudahkan transaksi perniagaan..
No comments:
Post a Comment