Assalammualaikum & selamat malam semua..
Tetibe terlintas pula di hati nak share info bagaimana nak pendaftar Kad Perubatan Skim Peduli Sihat Selangor.. Bukan apa, rupanya ada juga kawan2 kat luar sana yang masih tidak tahu kewujudan Kad Perubatan Skim Peduli Sihat Selangor ini & bagaimana nak mendaftarnya..
Cara-cara mendaftar Kad Perubatan Skim Peduli Sihat Selangor:
- Muat turun borang pendaftaran PESERTA.
- Isi segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Hantar borang yang telah diisi dengan lengkap ke pejabat ADUN yang terdekat selepas 22hb Disember 2016.
** Selain hantar secara manual, anda juga boleh mendaftar secara online.
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi & ditandatangani pemohon serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan & diproses.
Kategori Keluarga
- Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan & kebawah.
Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM500 setahun.
- Had gunaan: RM50 setiap kali rawatan.
- Jenis rawatan / perubatan: Tiada had.
- Kad perubatan PEDULI SIHAT: Percuma (1 kad untuk 1 keluarga / pemegang akaun utama).
Kategori Individu
- Individu yang berumur 21 tahun & ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu: RM1,500 sebulan & kebawah.
Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM200 setahun.
- Had gunaan: RM50 setiap kali rawatan.
- Jenis rawatan / perubatan: Tiada had.
- Kad perubatan PEDULI SIHAT: Percuma (1 kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama).
Klik DISINI untuk mendaftar secara online atau manual.
Klik DISINI untuk menyemak senarai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Alamat Pejabat, Email & Nombor Telefon.
TERIMA KASIH