Sunday, 27 November 2016

Tambah Zuriat - Kualiti vs Kuantiti

Assalammualaikum...

Lama betul menyepi & tak mengedit blog ni.. bukan pe, busy sikit mengurus rumahtangga..
Selama tak bersiaran ni, saya dah tambah seorang lagi cahayamata tau..

Taraa.. Saya belanja satu pic baby.. Dah 9 bulan pun umurnya.. Namanya Zara.. Alhamdulillah baby Zara membesar dengan sihat buat masa ini & semoga terus sihat hendaknya..



Selain dari berita kelahiran baby Zara, saya juga tengah preggy anak ke-3.. InsyaAllah penghujung May 2017 nanti saya bersalin.. Doa2kan lah agar dipermudahkan ye..

Yang dkt bawah ni pula anak saya yg sulung, Rayyan.. dah nak masuk 3 tahun pun..



Ok la, berikut ada sedikit perkongsian yg berguna utk kita semua berkaitan anak.. Mana yang lebih bagus, kualiti atau kuantiti anak? Haa masing2 punyai pendapat sendiri.. ukur lah baju dibadan sendiri ye.. (peringatan untuk saya juga ni.. hehehee..)




Kualiti vs Kuantiti Anak

Tidak dinafikan anak merupakan anugerah terindah drpd Maha Pencipta kpd pasangan yg mendirikan rumahtangga, bahkan ramai org diluar sana tidak memiliki anak dan ada yg sanggup berhabis beribu ringgit demi mencuba mendapatkan anak atau mencari anak angkat. Anak yg dianugerahkan pula satu amanah drpd Allah kpd kita, kita yg harus mencorakkan anak-anak ini, baik kita corak, baiklah jadinya.

Di zaman teknologi semakin maju dan dunia semakin tua ini, anak-anak kita terdedah kepada pelbagai anasir baik dan jahat. Jadi haruslah kita memberi perhatian dalam hal ini. Kita sering terdengar kisah sesebuah keluarga yang anaknya terlalu ramai sehingga perlu diserahkan kepada orang lain untuk dijaga dan ada juga anak terlalu ramai menyebabkan ibu bapa tidak dapat memberi perhatian kepada mereka sehingga terlibat dalam gejalan tidak baik.

Terbaca saya sebuah artikel dari sebuah laman blog yang diambil dari penulis asal oleh seorang doktor di laman facebooknya, dimana beliau memuatnaik perbualannya dengan seorang wanita yang berumur 48 tahun yang disahkan mengandung anak ke-8.

Wanita itu mempunyai penyakit dan pada umurnya merupakan umur yang agak berisiko tinggi apabila melahirkan anak, tetapi dilihat wanita itu cuba melenting apabila dinasihatkan doktor dengan menjadikan agama sebagai alasan sedangkan agama itu sendiri melarang jika sesuatu perara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri.

Jom kita baca kisah penuh doktor tersebut dengan pesakit tersebut..
A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Clucose Tolerance - kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis).

So, boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying Chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is high risk pregnancy.

To make sure every information written on her book is correct, I'm asking the patient again. 

"Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?"

"Ya, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur."

"Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?"

"Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki."

Dah kenapa rase offended?

"Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki." kata saya

"Takde lah.. Mana-mana doktor memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. kalau orang Melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?" katanya melenting.

Saya pon mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.

"Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah daripada Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaiu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan."

"Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat. Asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik."

"Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?"

"18 tahun. Baru habis SPM."

"Berapa keputusan SPM dia?"

"Teruk. Tak pandai mana."

"Anak puan yang sulng tu, perempuan ke lelaki?"

"Perempuan, kenapa doktor?"

"Pakai tudung menutup dada?"

"Tak.. kadang pakai, kadang tak."

"Cukup solat 5 waktu dijaga?"

Si ibu termenung jauh..

"Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang terbaik kepada anak, Alhamdulillah."

"Kalau puan dah berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah."

"Kalau puan dah berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah."

"Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil."

"Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah."

"Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita."


Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata. 


Source : Siakapkeli 

No comments:

Post a Comment

BOSOMI, BABIONIQ & WELLROS (L & XL PANTS)

PRE-ORDER OPEN SETIAP ISNIN - JUMAAT SELF PICK-UP SETIAP HARI COD SETIAP JUMAAT, SABTU ATAU AHAD PERBEZAAN & ...