Wednesday, 11 January 2017

Pendaftaran Perniagaan (SSM)

Assalammualaikum & selamat sejahtera kepada yang bukan Muslim..

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca.. 

Saya mulakan tahun baru ini dengan aura pemikiran positive untuk lebih berjaya & serious dalam memulakan perniagaan. Oleh itu, untuk merialisasikannya, saya mulakan dengan mendaftar perniagaan bagi business online ini.

Nama Perniagaan : ZEERA TRADING
Nombor Pendaftaran : 002607153-D



Mendaftar perniagaan ini adalah sangat penting walaupun hanya sekadar perniagaan online. Selain daripada dapat mengelakkan diri dari dikenakan tindakan undang-undang, ianya juga penting untuk perniagaan itu sendiri.


ANTARA KEPENTINGAN & KELEBIHAN MENDAFTAR SSM

Perniagaan Lebih Diyakini
Pada masa kini, perniagaan online semakin berkembang pesat bagai cendawan tumbuh. Begitu juga penipuan dalam perniagaan online yang mana semakin berleluasa membuatkan pembeli menjadi risau & takut untuk membeli secara online lebih-lebih lagi jika perlu berurusan dengan orang persendirian yang tidak dikenali latar belakangnya. Sebaliknya, dengan mendaftar SSM, anda menunjukkan yang anda serious dalam menjalankan perniagaan. Ini kerana, nama perniagaan, nama pemilik & alamat akan tersimpan di dalam rekod SSM. Jadi, jika terdapat sebarang masalah ianya lebih senang untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Oleh itu, dengan mendaftar perniagaan, pelanggan akan berasa lebih selamat & meyakini perniagaan anda. 

Memudahkan Urusan Peniaga Bersama Pembekal

Rekod Kewangan Yang Lebih Teratur & Dokumentasi Yang Lengkap
Ini akan memudahkan lagi urusan peniaga di masa hadapan seperti pengistiharan cukai pendapatan & perkiraan zakat bagi yang beragama Islam.

Memudahkan Urusan Bersama Bank 
Mendaftar perniagaan juga akan memudahkan urusan pembelian rumah, mesin operasi, jentera, kenderaan, pinjaman atau keperluan lain yang dirasakan perlu jika kita mempunyai bukti bahawa perniagaan kita wujud & sah disisi undang-undang. Jika tidak, sama sahaja seperti orang lain bank akan memberikan borang lain semasa membuat pinjaman iaitu sebagai contoh borang pinjaman persendirian semasa hendak membuat pinjaman.

Persiapan Kepada Perniagaan Yang Lebih Besar
Mendaftar juga adalah sebagai satu persiapan ke arah pensyarikatan (Sdn Bhd) kerana ia memudahkan kita belajar & ambil tahu tentang selok belok perniagaan.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SSM ini, boleh la layari website SSM di http://www.ssm.com.my/ms .


**InsyaAllah saya sedang usahakan dalam masa terdekat untuk menbuka Akaun Semasa atas nama Zeera Trading dengan bank2 seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat & Bank Islam (2 daripadanya yang dirasakan bersesuaian) bagi memudahkan transaksi perniagaan.. 







Monday, 2 January 2017

HONEY GLOW - Sabun Pemutih / Hilang Daki





KEBAIKAN
  • Cerahkan kulit dengan cepat
  • Hilangkan daki dengan cepat
  • Bau wangi Lavender
  • Menyamankan tubuh badan


KELEBIHAN
Membuang daki sambil mencerahkan
  • Celah ketiak
  • Kaki & tangan
  • Celah ehem ehem
  • Leher
  • Peha & Lutut

Sila tonton video dibawah sebagai rujukan...




Menarik kan?


CARA GUNA:
  1. Basahkan sabun & bahagian badan.
  2. Tonyoh / sental dibahagian berdaki.
  3. Bilas sehingga bersih.


FUNGSI UTAMA
  • Membuang daki degil
  • Mencerahkan semula kulit akibat sunburn


Info
  • Diperbuat daripada Madu Asli (Propolis)
  • Wangian Lavender
  • Dijamin selamat (Bahan semulajadi)
  • 1 ketul 100g (Boleh tahan sebulan)



Harga Promotion : RM45
(Harga Asal RM49.90)
Postage : RM8

(Sila Whatsapp / Telegram saya utk diskaun)


Sila klik DISINI untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau pembayaran.



TERIMA KASIH


Sunday, 1 January 2017

Tukar Nama Blog ?

Assalammualaikum..

Salam sejahtera & selamat menyambut tahun baru semua.. Apa azam tahun baru? Sebelum tu azam tahun lepas tercapai tak?

Ok, pagi ni cuma nak inform yang saya dah tukar nama blog dari 'Aku Housewife' kepada 'Anizara'.. Apa & siapa anizara tu? Haa.. actually ni cadangan dr cik husband la ni.. dia kata since saya nak mulakan online biz, nama Aku Housewife tu dah mcm tak sesuai.. betoi ka? Ceq suka tau nama Aku Housewife tu.. Tapi xpe la, dah dia kata mcm tu i follow je la yer.. Tak sempat pon nak pikir nama blog yg sesuai.. Nak cepat punye pasai malam tadi, ceq sambungkan aje nama ceq dgn nama anak no.2..  Aniza + Zara.. So, bertukar la nama blog dari Aku Housewife kepada Anizara.. 

Tu je nak cerita di pagi tahun baru ni.. Moga berkat tahun baru ni bertambah lah rezeki kami anak beranak.. And moga azam tahun baru ni tercapai la hendaknya.. 

Amin.



BOSOMI, BABIONIQ & WELLROS (L & XL PANTS)

PRE-ORDER OPEN SETIAP ISNIN - JUMAAT SELF PICK-UP SETIAP HARI COD SETIAP JUMAAT, SABTU ATAU AHAD PERBEZAAN & ...