Tuesday, 23 December 2014

Doa & Zikir Pembuka Rezeki

Assalamualaikum..

Sebagai rujukan untuk diri sendiri & perkongsian bersama rakan-rakan.. Jom kita amalkan beberapa doa & zikir bagi membuka pintu rezeki. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua..

1. Subhanallah - Maha Suci Allah (33x Selepas Solat)

2. Alhamdulillah - Segala Puji Hanya Untuk Allah (33x Selepas Solat)

3. Allahu Akbar - Allah Maha Besar (33x Selepas Solat)

4. Inna Hatha Larizquna Ma Lahu Min Nafadin - Sesungguhnya Ini Ialah Pemberian Kami Kepada Kamu, Pemberian Yang Tidak Akan Habis-Habis (Surah Shaad Ayat 54) (33x Selepas Solat)

5. Astagfirullahaladzim - Aku Mohon Ampunan Kepada Allah Yang Maha Agung (70x, 100x @ 1000x Setiap Hari)

6. Allahuma Solli 'Ala Muhammad, Wa 'Ala Ali MuhammadYa Tuhan Kami, Selawatkanlah Ke Atas Nabi Muhammad & Keatas Keluarganya (10x, 100x @ 1000x Setiap Hari)

7. Surah Yaasin (Setiap Pagi)

8. Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaah - Tidak Ada Daya & Upaya Melainkan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung (Sebanyak Mungkin Mengikut Kemampuan Setiap Hari)

9. Solat Dhuha

10. Surah Al-Waqiah (Setiap Malam) / (3x Selepas Solat Subuh & 3x Selepas Solat Isya')

Semoga bermanfaat & dapat kita amalkan mengikut kemampuan & semoga segala urusan kita dipermudahkan-Nya..

Amin..


Monday, 22 December 2014

Wujudnya Blog Aku Housewife

Salam..
Saja nak cerita sedikit mcm mana tetiba rasa nak buat "Blog Aku Housewife" ni..

Alkisah, pada 4.11.2014 saya buat decision nak bg surat resign... Kiranya nak jadi penganggur terhormat la, dok rumah jaga anak je.. Boleh gitu?? Haha.. Nasib ada anak nak jaga, kalau tak, mereng kepala ni dok rumah xde buat ape-ape kan... 

Tapi disebabkan ada prob sikit, minta release awal 4 hari, so 30hb Nov 2014 tu last day kerja.. Opsss, 28hb Nov 2014 (Hari Jumaat).. Untung sikit la sbb 30hb tu hari Ahad.. Yeay!!!

So, bila kita ni jenis yg dah biase bekerja, keluar sana sini & jumpa org itu ini, mula la rase boring duduk rumah walaupon ada anak nak dilayan kan.. Satu hari saya surf internet.. baca blog itu blog ini smp dah xtau ape nk baca lagi.. Tetibe terfikir, asyik baca blog org je, why not saya create blog sendiri kan.. So, wujud lah "Blog Aku Housewife" ni...

Ini lah anak saya yg comel lg terlebih manja yg diberi nama Ahmad Aqil Rayyan (Baru je 10 months old)...



Fyi, blog ni saya create hanya untuk suka suki je la buat masa ni... xtau la pula esok lusa kot ade bizz yg boleh saya promote lak kat sini.. Siapa tahu kan??

Ok la, malas nak cerita panjang lebar lg, jam pon dah menunjukkan ke angka 2.35a.m.. Skrg nak masuk tido dlu..

Gud nite... 


BOSOMI, BABIONIQ & WELLROS (L & XL PANTS)

PRE-ORDER OPEN SETIAP ISNIN - JUMAAT SELF PICK-UP SETIAP HARI COD SETIAP JUMAAT, SABTU ATAU AHAD PERBEZAAN & ...